Disebabkan oleh kedudukan Malaysia di garisan khatulistiwa, Cendol merupakan hidangan pencuci mulut yang sangat terkenal. Seperti yang kita tahu, Malaysia beriklim panas lembab menjadikan hidangan sejuk seperti cendol digilai ramai.
Cendol pada asalnya merupakan hidangan pencuci mulut yang berasal dari masyarakat Melayu. Tetapi di masa peti ais belum wujud, dan ais masih belum tiba di Tanah Melayu, cendol hanya dihidangkan bersama santan dan gula melaka sahaja.
Kemunculan pelabuhan besar seperti Melaka dan Pulau Pinang, serta kemasukan ais dari negara luar menjadikan Cendol hidangan seperti dikenali kini.
Di Melaka, kaum Baba Nyonya khususnya cukup terkenal dengan Cendol mereka.
5 ramuan utamanya adalah
- Cendol, Jeli Tepung Beras yang diwarnakan oleh Tepung Cendol.
- Santan, yang diambil segar dan diperah tanpa tambahan air yang banyak.
- Kacang, yang direbus sendiri.
- Ais yang dikisar halus.
- Gula Melaka yang tinggi kualiti dan tulen rasanya.