Resepi Keluarga Thailand di Singapore?

Sawasdee Krab! πŸ™πŸ» Kali ni saya sampai di πŸ“ Koh Nangkam yang terletak di Jalan Kledek, Singapura. Apa yang menarik dekat sini adalah masakan mereka adalah warisan dari keluarga Hotsups – pengasas restoran ini sendiri. Jadi, kalau korang makan sini, memang dapat rasa umpama makan dekat perkampungan mereka di Koh Nangkam, Thailand. Nak tengok apa yang saya pesan? Jom. πŸ€—

Koh Nangkam, Jalan Kledek

Rasa masakan dia memang authentic makanan Thailand. πŸ’― Tak hairanlah kalau ramai yang selalu ke sini. Kalau nak datang, korang pastikan dah buat reservation tau sebab memang ramai yang selalu reserve awal sebelum datang. πŸ“²

Saya order TIGA Family Set C untuk rasa masakan Sea Bass (Ikan Siakap) yang berlainan. πŸ˜† Dalam set C ni, korang boleh pilih nak masak Sea Bass tu macam mana. Ada LIMA pilihan jenis masakan untuk SEA BASS 🐟; Koh Nangkam Steamed, Fried Rad Prik, Fried Pahd Ped, Fried 3flav, Steamed Lime. Dan Seabass tu juga disajikan bersama:

  • Black Pepper Beef
  • Tom Yum Clear
  • Seafood Pahd Thai
  • Hatyai Chicken
  • Mix veg
  • Mango Salad
  • Spicy Prawns
  • Rice & Drinks

Memang berbaloi untuk korang datang ramai-ramai dan makan sepuasnya. πŸ‘πŸ»

Koh Nangkam Steamed Sea Bass

Untuk Family Set C yang pertama 1️⃣, saya pilih Seabass masak Koh Nangkam Steamed ✨. Sampai-sampai je, kuahnya masih menggelegak. Korang boleh nikmati dan hirup kuah dia panas-panas. Rasa kuah dia tu macam ada rasa berlemak sikit dan semestinya dari ikan tu, korang boleh rasa kesegarannya. πŸ’₯

Steamed Lime Sea Bass

Family Set C kedua 2️⃣ pula, saya pesan Steamed Lime Sea Bass ✨.. Dalam kuah tu, bergabung rasa masam lime πŸ‹ dan pedas cili api 🌢️. Menjadi betul gabungan tu dan memang menyengat. Ikannya pun rasa lembut dan setiap suapan tu memang halus je. Betul-betul nikmat la! 🀩

Phad Ped Fried Sea Bass

Family Set C ketiga 3️⃣ ni, saya ambil pula Phad Ped Fried Sea Bass ✨. Rasa rempah Thai yang dimasak bersama tu memang menyengat! Unik juga sebab susah untuk saya jumpa variety masakan Sea Bass sebelum ni. Memang sedaplah!πŸ”₯

Pada pendapat saya, set yang ditawarkan di sini memang jimat. πŸ’Έ 🚫 Bukan sahaja korang dapat pilih bermacam jenis masakan sea bass yang segar, lauk lain yang datang bersama set tu pun memang banyak dan semuanya sedap. 🀀 Bila keluar tu, memang penuh la perut. Terbaik betul! Jadi, korang kena datang sini untuk cuba pula makan di sini, okay!

Lokasi

πŸ“ Koh Nangkam
Jln Kledek, 4 & 6, Singapore 199621
https://goo.gl/maps/yyyyEMJsTJon8WydA

πŸ“² Website: https://www.kohnangkam.com/
πŸ“² Facebook: https://www.facebook.com/Kohnangkam/
πŸ“² Instagram: @kohnangkam

Rhys William

Author: Rhys William

Hai nama saya Rhys William. Blog ni pasal bila saya jalan2 di Malaysia dan bila saya nak cari makanan yang sedap :-)