Sushi Saga: SENSASI FUSION MALAYSIA-JEPUN YANG TAK BOLEH MISS!

Hey korang! Saya baru saja merasai pengalaman makan yang luar biasa di Sushi Saga. Bayangkan, gabungan seni sushi Jepun yang halus dengan rasa rempah ratus Malaysia yang kaya ๐Ÿฑ. Macam J-pop bertemu Irama Malaysia – unexpected, tapi memang padu!

Interior Design Sushi Saga

Bila masuk Sushi Saga, terasa โ€˜vibeโ€™ yang stylish dengan sentuhan Malaysia. Tempat ni sangat welcoming, seronok jadi tempat lepak untuk jumpa kawan lama. Staff di sini pun top-notch, layanan mereka menambahkan lagi pengalaman makan yang premium ๐ŸŒŸ:

Dekat sini semestinya kena makan sushi dia. Tapi ni TOP-3 yang Rhys rasa korang WAJIB cuba sebab takkan dapat dekat tempat lain tau! 

Nasi Lemak Sushi
Nasi Lemak Sushi

Nasi Lemak Sushi: Ini bukan nasi lemak biasa, korang ๐Ÿฅฅ. Dibungkus dalam nori, dengan topping sambal yang pedas, ikan bilis rangup, dan timun, memang plot twist dunia kuliner! Makan sushi tapi rasa tekak melayu!

Salmon Head Soup
Salmon Head Soup

Salmon Head Soup: Untuk korang yang suka cabaran pedas ๐ŸŒถ๏ธ. Kena try Salmon Head Soup ni. Kuahnya pedas, salmon yang lembut, membawa rasa ke kampung halaman. Makan ni terasa lemak salmon tu, memang UMMPH!

Japanese Pudding, Baverages and Cutlet
Japanese Pudding, Baverages and Cutlet

Japanese Pudding: Jangan lupa simpan space untuk dessert ๐Ÿฎ. Manis, lembut, dan comforting, macam nostalgia yang dibalut dengan moderniti. Rugi kalau terlepas peluang untuk makan Puding Jepun ni denga variety air dengan makanan sampingan dekat sini.

Pelbagai jenis Sushi yang ada di Sushi Saga
Pelbagai jenis Sushi yang ada di Sushi Saga

Selain menu yang saya dah cerita, Sushi Saga juga ada banyak lagi pilihan makanan yang menggiurkan. Coba lah Salmon Thick Cut yang tebal dan segar, penuh rasa ikan ๐ŸŸ. Pandan Tamago Sushi, Ebi Fry Cheese Roll dan Spicy Salmon Skin Roll pula, kombinasi sempurna antara keju yang leleh dan rangup. Kalau korang suka donburi, jangan lepaskan peluang mencuba Ebi Fry Don yang garing atau Gyudon yang penuh dengan umami. Peminat mi? Saba Teriyaki Udon dan Chashu Ramen pasti memuaskan hati korang dengan setiap suapan yang kaya rasa. Dan jangan lupa Fry Milk Stick, makanan penutup yang manis dan unik, mengakhiri makan korang dengan sempurna. Sushi Saga memang tak pernah kecewakan dengan pilihan menu yang luas dan penuh kreativiti! ๐Ÿฃ๐Ÿœ๐Ÿง€๐Ÿค

Rhys makan di Sushi Saga

Apa yang Rhys dapat simpulkan dari review kalini, Sushi Saga bukan setakat tawarkan menu yang inovatif, tapi juga commitment mereka untuk buat rasa premium dengan bahan-bahan halal memang mengagumkan ๐ŸŒŸ. Sushi Saga destinasi makanan wajib dicuba sebab apa yang korang spend kat sini memang puas hati! Sama ada korang peminat sushi atau penggemar masakan Malaysia, restoran ini akan sediakan makanan jepun yang dapat diterima โ€œtekak melayuโ€ Setiap gigitan membawa pengembaraan rasa yang menyeronokkan ๐Ÿ˜„. Korang kena try sendiri, Sushi saga ni kedai Muslim-Friendly, Semua bahan yang digunakan memang halal dan dalam proses untuk dapatkan sijil halal. Tak perlu ragu-ragu lagi  โ€“ it’s a foodie adventure yang guaranteed buat korang tersenyum kekenyangan! ๐Ÿด๐ŸŽ‰

๐Ÿ“ Sushi Saga

Sushi Saga, G-33A, Jalan Warisan Sentral 3, Kip Sentral, Kota Warisan, 43900 Sepang, Selangor

๐Ÿ“ฒ Facebook: https://www.facebook.com/sushisagamy/

๐Ÿ“ฒ Instagram: https://www.instagram.com/sushisagamy/

๐Ÿ“ฒ Website: https://sushisagamy.com/

Juadah Selera Kampung Rasa Premiumย  di Cyberjaya!

Makanan kampung rasa premium?! Baru-baru ni saya ada jumpa restoran masakan kampung yang memang padan dengan citarasa orang melayu geng! ๐Ÿ˜‹ ๐Ÿ“ Kat Kocha Lala ni pelbagai menu makanan kampung tau! Restoran dia pun dah memang cantik, ada 2 tingkat lagi ๐Ÿ˜โœ…. Lepas ni kalau saya singgah Cyberjaya, memang akan rasa nak makan dekat sini lagi โœ…

 Kocha Lala, Cyberjaya

Bahan-bahan masakan yang dimasak dekat Kocha Lala ni memang semuanya segar dan dimasak terus bila ada pesanan. Jadi, memang dapat rasa nikmat makan bila semua bahan segar kan? Semua menu dekat Kocha Lala ni memang padu geng sebab banyak jenis makanan yang ada! Terus rambang mata nak makan yang mana. Memang seronok kalau makan dengan keluarga dan kawan-kawan! ๐Ÿ˜‹

Memang terliur bila tengok balik makanan yang saya order dekat Kocha Lala ni, saya order TIGA jenis menu yang paling kena cuba dekat Kocha Lala ni ๐Ÿ‘‘

MAIN DISH๐Ÿ‘‘

  • Nasi Lemak bersama Sambal Sotong
  • Nasi Putih bersama Ikan Jenahak Tempoyak
  • Mee Bandung Muar bersama Udang Laut Segar

Banyak lagi menu lain yang ada dekat restoran ni, harga pun memang berbaloi dan puas hati sebab boleh pilih banyak jenis makan yang ada dekat sini!

Menu yang 1๏ธโƒฃ, saya pesan menu mereka yang wajib cuba bila singgah dekat Kocha Lala ni mestilah Nasi Lemak Sambal Sotong ๐Ÿฒ. Sambal sotong ni memang kaw sebab ada rasa pedas dan rasa nak tambah lagi bila makan tuโšก Sotong yang mereka gunakan pun besar dan segar memang puas hati, akan bertambah-tambah kalau makan ni! ๐Ÿฆ‘๐Ÿ˜‹๐Ÿฝ๏ธ

Nasi Lemak bersama Sambal Sotong

Menu yang 2๏ธโƒฃ ni pula, saya cuba Nasi Putih bersama Ikan Jenahak Tempoyak๐Ÿฅ˜ Sejujurnya, memang puas makan ni sebab ikan pun besar dan isi padat weh! ๐Ÿ’ฏ Kuah Ikan Jenahak Tempoyak ni ada rasa sedikit pedas ๐Ÿ”ฅ manis, masam dan paling penting tekstur kuah pekat sedikit dan memang kena dengan citarasa saya ๐Ÿคค Memang tak pelik lah kalau menu ni antara yang wajib cuba dekat Kocha Lala ni!

Nasi Putih bersama Ikan Jenahak Tempoyak

Untuk menu yang terakhir ni pula, saya makan Mee Bandung Muar bersama Udang Laut Segar โœจ Tak dinafikan, bila makan menu ni dapat rasa aroma udang yang segar dan tekstur kuah pun pekat, memang layan bila makan Mee Bandung ni๐Ÿ‘Œ๐Ÿป Untuk penggemar makanan Johor, Mee Bandung dekat Kocha Lala ni patut ada dalam senarai patut cuba kalau makan dekat restoran ni!๐Ÿƒ

Mee Bandung Muar bersama Udang Laut Segar

Akhir sekali, menu lain pun kena cuba juga terutama sekali Daging Burung Unta Masak Asam Ala Utara, pertama kali saya cuba menu ni dan memang syorkan korang untuk cuba ๐Ÿ‘๐Ÿผ Antara menu lain yang memang saya recommend untuk cuba ialah

  • Daging Salai Masak Lemak Cili Api
  • Udang Galah Goreng Kunyit
  • Rendang Ayam Pencen
  • Oreo Goreng Kocha Lala

Pada pendapat saya sendiri, semua menu yang ada di Kocha Lala ni sangat berpuas hati dengan harga dan berbaloi dengan portion makanan dekat sini ๐Ÿ‘๐ŸผIni adalah antara makanan yang saya recommend dan menu yang lain juga patut cuba.๐Ÿฒ Bila dapat makan makanan yang sedap dan segar, hati pun senang๐Ÿฅ˜๐Ÿฅ—! Korang memang wajib datang untuk makan dekat Restoran Kocha Lala ni! ๐Ÿซฑ๐Ÿปโ€๐Ÿซฒ
Lokasi:

KOCHA LALA
๐Ÿ“D2-03-10A TAMARIND SQUARE, Persiaran Multimedia, 63000 Cyberjaya, Selangor

๐Ÿ“ฒ Facebook: https://www.facebook.com/kochalalakafekampung/
๐Ÿ“ฒ Instagram: @kochalalacyberjaya
๐Ÿ“ฒ Website: https://kochalala.com/

Miss Siam – Tomyam Terpaling Kaw di JB!

Sawadeekap! Saya ada jumpa port makanan Thai yang padu punya! Tomyam dia kaw weh! ๐Ÿ˜‹ ๐Ÿ“ Kat Miss Siam ni pelbagai menu makanan Thai ada tau! Tempat dia pun selesa kat sini ๐Ÿ˜โœ…. Orang kata kalau hirup kuah tomyum tu tersedak maknanya kaw kan. So korang kena datang rasa sendiri! Peminat makanan Thai lepas ni dah boleh dapat PROMO SPECIAL dan DISCOUNT 10% tau dengan join jadi Ahli Club Cari Makan (CCM) sekarang!

Miss Siam, Eco Botanic, Johor Bahru

Semua menu dekat Miss Siam ni memang padu geng sebab Chef dia memang dari Thai! Tak pelik la memang ramai yang singgah makan dekat Miss Siam ni. Suasana kedai pun memang tenang dan memang aesthetic boleh jadi port OOTD!

Dekat Miss Siam ni, saya order EMPAT jenis menu yang memang paling  terkenal di restoran ni. Kalau singgah makan dekat sini, korang wajib order SIGNATURE DISH mereka ni (Tomyum Seafood) ๐Ÿ‘‘

SIGNATURE DISH๐Ÿ‘‘

– TOMYUM SEAFOOD

OTHER MENU:

– Pad Thai with Crispy Chicken 

– Crispy Thai Basil Chicken

– Tamarind Tiger Prawns

Harga pun sangatlah berbaloi bila makan dekat Miss Siam ni, memang berbaloi dan puas hati. 

Menu yang pertama, saya cuba menu mereka yang paling terkenal dekat Miss Siam ni mestilah SIGNATURE DISH dia kan, Tomyum Seafood . Kuah Tomyam Seafood ni memang kaw dan secukup rasa pedas dan masam dari bahan-bahan yang mereka gunakan. Isi dia pun banyak  memang puas hati, wajib bertambah kalau makan!

Tomyum Seafood

Menu yang kedua ni pula, saya pesan Pad Thai with Crispy Chicken menu ni ialah hidangan yang menggunakan glass noodles dan gabungan dengan ayam memang terbaik rasa dia! Pad Thai ni ada rasa manis, masam dan memang sangat lazat. Tak hairanlah kalau menu ni antara yang terkenal dekat Miss Siam ni!

Pad Thai with Crispy Chicken

Untuk menu yang ke ketiga ni pula, saya pilih Crispy Thai Basil Chicken Memang dapat rasa bahan yang segar ada dalam menu ni. Menu ni antara yang terkenal juga di Thailand sebab rasa dia yang lazat dimasak dengan daun basil! Pertama kali saya cuba, memang secukup rasa dia dan senang kata, memang sedaplah dan korang wajib pesan ni kalau singgah ke Miss Siam ni.

Crispy Thai Basil Chicken

Akhir sekali, menu yang keempat, saya makan Tamarind Tiger Prawns. Puas hati bila tengok bila mereka hidangkan menu  ni sebab memang besar udang dia, puas hati! Bila makan tu, dapat rasa kesegaran dalam udang tu sendiri. Portion dia pun banyak, memang sesuai kalau makan dengan keluarga atau rakan-rakan.

Tamarind Tiger Prawns

Pandangan saya, menu yang disediakan di Miss Siam memang sangat puas hati dan berbaloi ๐Ÿ˜๐Ÿ‘๐ŸผTak dinafikan semua makanan yang terkenal di sini memang sangat recommended untuk korang pesan.๐Ÿฒ๐Ÿฅ˜๐Ÿฅ— Bukan tu sahaja, menu lain juga banyak pilihan untuk korang pilih. Yang penting, bahan-bahan yang digunakan memang segar ๐Ÿฆ‘๐Ÿฆ! Memang terduduk rehat sekejap bila dah habiskan makanan mereka ni sebab kenyang ๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜‹! Saya memang syorkan untuk korang datang makan dekat Miss Siam ni! ๐Ÿซฑ๐Ÿปโ€๐Ÿซฒ๐Ÿผ๐Ÿ’ฏ

Untuk Info lanjut, sila ke lamanweb rasmi CCM. https://www.carimakan.my/mscm

Lokasi:

MISS SIAM

๐Ÿ“Eco Botanic, Iskandar Puteri, Johor

๐Ÿ“Sri Alam, Masai, Johor

๐Ÿ“ฒ Facebook: https://www.facebook.com/MissSiamThaiFood/

๐Ÿ“ฒ Instagram: @misssiamthaifood

๐Ÿ“ฒ Website: https://misssiam.com.my/