Haritu saya tanya “Ask me anything”… ada ramai orang hantar soalan, dan hari ni saya cuba jawab sebaik mungkin..
Macam mana Rhys mula tinggal di Malaysia?
Why do you like to stay in Malaysia?
Macam mana Rhys fasih Bahasa Melayu?
Apa plan jangka panjang Rhys, akan terus di Malaysia atau pulang ke England?
Favourite food/makanan kegemaran?
Makanan apa Rhys paling tak boleh telan?
Ada plan tak untuk Rhys buat Malaysia food travel show untuk channel TV di UK?
Family Rhys pernah marah tak sebab duduk Malaysia lama sangat?
Bila sebenarnya Rhys berkhawin?
Bila nak hiking semula?
Apa projek terbaru Rhys?
Dan beberapa soalan yang lain…
Tengok video kat bawah untuk jawapan-jawapan saya 🙂
Ada lagi soalan-soalan orang nak tanya kepada saya? Follow saya di Facebook dan Instagram dan komen soalan-soalan anda – saya akan cuba sekali lagi jawab… 💁♂
Bahagian 2 “Rhys dan Family Vlog” ke Kota Bharu Kelantan.
Bersempena “Cuti Krismas” Rhys dan family merentas ke Kota Bharu, Kelantan. Misi kali ini bukan saja untuk berjalan-jalan, tapi juga untuk menikmati pelbagai jenis makanan yang sedap dan popular di Kelantan. Memandangkan hari ini hujan lebat, cuaca tak mengizinkan kami naik bot seperti plan asal, jadi tak apa – masih banyak aktiviti-aktiviti boleh buat 😃
Juga nak pergi rasa makanan kegemaran Rhys di Malaysia “rice to wednesday” (Nasi Kerabu 😋)
Collectibles Museum Lot 1318 Taman Koperatif Tanjung Chat, Jalan Wakaf Mek Zainab, Tanjung chat, 15300 Kota Bharu, Kelantan Google Map: https://g.page/collectiblesmuseum?share
Singgora Homestay (tiada terima walk-in. Digalakkan call sebelum datang untuk buat tempahan) Lot 860 Kg Air Deras Jalan Tengku Maasum Mukim Padang Enggang Pasir Hor, Lorong Masjid, 15150 Kota Bharu, Kelantan Google Map: https://goo.gl/maps/4FQdamWV65tdDa3H7
Dah lama nak bawak family jalan-jalan dan makan-makan di Kelantan.. Akhirnya dapat hehe
Selamat datang ke lagi satu episode “Rhys dan Family Vlog”.
Bersempena “Cuti Krismas” Rhys dan family merentas ke Kota Bharu, Kelantan. Misi kali ini bukan saja untuk berjalan-jalan, tapi juga untuk menikmati pelbagai jenis makanan yang sedap dan popular di Kelantan. Juga nak bagi Leo dan Isteri Rhys cuba makan “budu” – agaknya mereka boleh telan tak hahaha
Nak tahu apa aktiviti Rhys dengan family buat? Jom tengok vlog ni..
Malaysia…England. Dua negara di mana cinta terhadap permainan bolasepak tiada tolok bandingnya
Apa terjadi bila kedua negara ini bergabung bersama?…. memperkenalkan “The Fireflyz”.
Sebuah filem yang menceritakan perjalanan dua orang guru, Cikgu Adam dan Cikgu Rhys melatih sekumpulan pelajar dari sebuah sekolah pedalaman. Walaupun dalam keadaan serba kekurangan dan berhadapan dengan pelbagai cabaran – Cikgu Adam dan Cikgu Rhys berjaya membentuk sebuah pasukan bolasepak yang dinamakan sebagai The Fireflyz.
Sampai hati Leo tak nak share makanan dengan bapak dia ? Sedap sangat lah tu..
Selamat datang ke lagi satu episode “Rhys dan Family Vlog”. Weekend lepas Rhys dan family merentas negeri ke Kuantan, Pahang. Misi kali ini bukan saja untuk berjalan-jalan, tapi juga untuk menikmati pelbagai jenis makanan yang sedap dan popular di Kuantan.
Walaupun hanya satu hari sahaja di Kuantan, ada macam-macam kami buat, dan ada macam-macam kami makan.
Nak tahu apa aktiviti Rhys dengan family buat? Jom tengok vlog ni..
?Senarai lokasi dalam video:
Eda Yasin Nasi Minyak Warisan
Tg Api Jalan Tanjung Api, Kampung Tanjung Api, 25050 Kuantan, Pahang
Alhamdulillah… Rhys “penulis buku” William ?.Tak sangka pula Rhys boleh menulis buku, lagipun menulis buku sendiri 100% dalam Bahasa Melayu..
Masa mula² saya start blogging dalam bahasa melayu (pada tahun 2015) tak pernah fikir pun satu hari nanti saya akan tulis buku
Memperkenalkan “YouTube 3 Langkah” Sebuah buku yang merangkumi bagaimana saya mengembangkan YouTube channel sehingga 250,000 subscribers, dan bagaimana sesiapa orang lain pun boleh mula dan berjaya sebagai “YouTuber”. Satu panduan lengkap, langkah demi langkah, untuk orang berminat dengan YouTube..
Nak tulis buku ini memang ambil masa, dekat 3 bulan tulis setiap hari. Banyak perkataan baru rhys belajar sementara menulis buku ni haha. Tapi rasa bangga bila tengok semua dah siap dan printed 🙂
Sekarang “YouTube 3 Langkah” boleh didapati dalam bentuk “Ebook”. Boleh dapat dari www.youtube3langkah.com.
Rhys nak ambil peluang ini untuk ucapkan terima kasih kepada semua orang yang menyokong rhys dalam perjalanan ni dan tak sabar dengar feedback korang semua yang baca buku rhys ini ?
Cepat betul masa berlalu. Rupanya 5 tahun lepas Rhys dah buat video masak-masak kat YouTube ? Tapi tengoklah video tu macam mana haha
Pada tahun 2015 Rhys baru belajar Bahasa Melayu dan baru mula menulis dalam blog dan buat video sikit-sikit. Masa tu ada cuba buat satu video di mana Rhys masak “Sambal Petai Udang”…
Terhibur bila Rhys tengok balik sebab nampak banyak pebezaan, bukan sahaja dari sudut Bahasa Melayu (masa tu Rhys cakap pelat sangat hahaha) tapi juga dari sudut saiz badan juga – jauhnya beza dengan sekarang!
Rhys ingat masa tu selepas publish video, Rhys terus “hide-kan” video sebab rasa segan sangat tengok balik, 5 tahun kemudian baru Rhys rasa berani nak tunjuk…
Kena ingat, tahun 2015 ni Rhys belum buat video lagi dan belum betul-betul belajar Bahasa Melayu ?
Perghh, rasa macam dah lama Rhys tak buat video… rindu jalan-jalan dan makan-makan.. ?
Sekarang Malaysia dah masuk ke PKPP (Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan) maksudnya kita dah boleh merentas negeri dan berjalan-jalan kalau kita ikut SOP.
Ini kali pertama Rhys keluar berjalan dengan keluarga sejak Mac lalu, dan juga kali pertama family rhys masuk video… ?
Weekend lepas kami ke Muar, Johor untuk misi makan sarapan satay dan jalan-jalan di Muar. Rhys cuba buat vlog sikit tentang aktiviti-aktiviti Rhys semasa di Muar.
Harap korang semua suka vlog style macam ni (ni rhys shoot dan edit semua sendiri tau… jadi maaf kalau kualiti agak kurang haha)
Dan ye betul… Leo memang kuat makan hahaha…. nak jadi food reviewer macam bapak dia kot ?
Mematuhi arahan Kerajaan Malaysia untuk #stayhome dalam usaha memutuskan rantaian Covid 19, kami edit video ini, mengenang kembali semua suapan saya sejak video pertama saya buat di Malaysia.
Makin lama saya duduk Malaysia… makin “bahagia” nampaknya… 🙂